Senator AS tuntut tindak balas terhadap Arab Saudi
Senator Republik dan Demokrat AS hari ini memperkenalkan undang-undang yang bertujuan untuk bertindak balas terhadap Arab Saudi atas kematian wartawan Saudi di sebuah konsulat di Turki dan untuk peranannya dalam perang saudara Yaman yang dahsyat.
Sekiranya ia menjadi undang-undang, rang undang-undang itu akan menggantung penjualan senjata kepada Arab Saudi dan melarang pengisian bahan api untuk pesawat Arab Saudi dalam kempen Riyadh di Yemen terhadap Houthis, pejuang muslim Syiah yang dilihat jiran Yemen sebagai agen Iran, kata ahli parlimen .
Ia juga akan mengenakan sekatan ke atas sesiapa yang menyekat akses kemanusiaan di Yemen dan sesiapa yang menyokong Houthis di Yaman.
Ditaja oleh tiga senator Republikan dan Demokrat, undang-undang ini menggambarkan ketidakpuasan berterusan Kongres Amerika Syarikat atas perang Yaman, yang telah menewaskan lebih dari 10,000 orang dan mencetuskan krisis kemanusiaan yang paling mendesak di dunia.
Kekecewaan itu telah diburukkan lagi oleh pembunuhan pada bulan Oktober di konsulat Saudi di Istanbul, wartawan Jamal Khashoggi, seorang penduduk AS yang menulis untuk Washington Post.
Senator Bob Menendez dari Demokrat yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, berkata sekatan terhadap 17 Saudis yang diumumkan awal semalam oleh pentadbiran Presiden Donald Trump tidak cukup untuk memastikan penyiasatan yang boleh dipercayai terhadap kematian Khashoggi dan penamatan persengkitaaan di Yaman.
"Kami meletakkan tekanan di belakang tuntutan ini dengan pengawasan tetap, sekatan dan penggantungan penjualan senjata dan sokongan mengisi bahan bakar," kata Menendez dalam satu kenyataan.
"Undang-undang ini adalah cara penting untuk mempertanggungjawabkan Arab Saudi atas pelbagai tindakan di Yaman serta kematian Jamal Khashoggi," kata Senator Republikan Lindsey Graham.
Penaja lain rang undang-undang itu termasuk Senator Republikan Todd Young dan Susan Collins dan senator Demokrat Jack Reed dan Jeanne Shaheen. [Baca berita penuh]
- Reuters

