Jumlah mangsa kebakaran di California bertambah
Pencarian mangsa bencana kebakaran yang memusnahkan sebuah bandar di utara California ditingkatkan semalam ketika pihak berkuasa menyiarkan senarai 300 orang dilaporkan hilang dalam kebakaran paling dahsyat dalam sejarah negara itu.
Sekurang-kurangnya 56 orang telah disahkan mati di Camp Fire, dalam kebakaran yang berlaku seminggu lalu di kawasan kering di kaki bukit Sierra yang kering 280 km di utara San Francisco.
Menurut pihak berkuasa, jumlah kematian yang tinggi itu akibat cepatnya kebakaran itu merebak, melalui bandar Paradise, yang mempunyai 27,000 penduduk di utara California.
Hampir 9,000 rumah dan bangunan lain, termasuk kebanyakan kawasan bandar raya, terbakar pada malam Khamis, beberapa jam selepas kebakaran berlaku, demikian menurut Jabatan Kehutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire).
Yang tinggal hanyalah pemandangan ngeri kesan kebakaran itu.
Beribu-ribu struktur masih berdepan risiko terbakar dan seramai 50,000 orang terbabit dengan arahan bepindah. Pasukan memadam api dari pasukan tentera bertungkus lumus berusaha untuk mengawal dan memadam kebakaran.
Nasib 297 individu belum diketahui dan jumlah itu dua kali ganda jumlah mereka yang dilaporkan hilang, kata Sheriff Buttered County Kory Honea pada malam Rabu.
Honed berkata bahawa senarai orang yang hilang itu sentiasa berubah dengan tambahan nama, sama ada mereka ditemui selamat atau datang mengenal pasti mangsa yang terkorban.
Sheriff telah meminta keluarga terbabit menyerahkan contoh DNA untuk mengenalpasti mangsa.
-Reuters

