Juri kedua South Carolina semalam gagal mencapai penghakiman dalam perbicaran semula kes seorang wanita yang keluarganya berkata penggunaan dalam jangka panjang bedak bayi Johnson & Johnson menghakibatkan kematiannya akibat kanser yang berkaitan dengan asbestos.

Kes Bertila Boyd-Bostic, yang meninggal akibat kanser yang jarang berlaku pada tahun 2017 pada usia 30 tahun, adalah yang terbaru dalam satu siri perbicaraan di AS yang berpusat kepada dakwaaan bahawa bedak talc syarikat itu mengandungi asbestos yang mengakibatkan kanser.

Pada bulan Mei, juri di Mahkamah Darlington County Pleas Common di Charleston gagal mencapai keputusan dalam perbicaraan pertama.

J & J, yang menafikan dakwaan itu, setakat ini telah kalah dua perbicaran dan memenangi tiga dalam perbicaraan sama ada bedak bayi Johnson menyebabkan mesothelioma, tisu kanser berkait rapat dengan pendedahan asbestos.

Perbicaraan juri dalam empat lagi kes mesothelioma berakhir dengan'mistrials' kerana juri tidak boleh bersetuju atas keputusan atau kerana plaintif meninggal dunia.

J & J, berhadapan dengan 11,700 saman, dalam satu kenyataan semalam berkata ia percaya 'mistrials' serta penghakiman yang membersihkannya daripada liabiliti, mencerminkan "kajian terperinci" oleh juri dalam kes-kes tersebut.

"Kami menanti perbicaraan baru untuk mengemukakan pembelaan kami, yang berdasarkan berdekad-dekad penilaian saintifik bebas yang tidak satupun mendapati bedak Baby Johnson mengandungi asbestos," kata syarikat itu.

Christopher Swett, seorang peguam untuk keluarga Boyd-Bostic, berkata dalam satu kenyataan, pihak plaintif kecewa dengan keputusan semalam.

Swett berkata hakim perbicaraan menggesa pihak-pihak terbabit supaya menimbangkan penyelesaian, tetapi J & J "enggan bertanggungjawab".

New Brunswick, syarikat yang berpangkalan di New Jersey pada masa lalu berkata ia tidak akan menimbang untuk menyelesaikan kes talc can kini sedang merayu terhadap semua penghakiman juri terhadapnya.

Daripada 11,700 saman, lebih daripada 9,700 berkaitan kanser ovari.

Plaintif lain mendakwa asbestos dalam bedak J & J menyebabkan mereka mengidap mesothelioma.

J & J telah menentang saman kanser talc selama beberapa tahun, tetapi litigasi itu beralih dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk memasukkan dakwaan pencemaran asbestos.

Pada bulan Julai, juri Missouri membut penghakiman terhadap J & J dengan keputusan AS$ 4.69 trilion (RM19.65 trilion) dalam perbicaraan pertama yang mendakwa pencemaran asbestos telah menyebabkan kanser ovari terhadap 22 wanita. Keputusan ini kini dalam rayuan.

[Baca berita penuh]

- Reuters