Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tok Pa jalani pembedahan buang batu karang
Diterbitkan:  Nov 16, 2018 11:09 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan kecil bagi membuang batu karang di hari ini.

Harian Metro melaporkan Mustapa sepatutnya menghadiri majlis solat hajat sempena pembukaan pejabat Pusat Khidmat Anggota Parlimen Jeli di Bukit Nangka, di Jeli, sebelum membatalkan hasrat berkenaan.

Pegawai Khasnya, Zahari Kechik berkata, Mustapa mengetahui menghidap penyakit berkenaan malam kelmarin selepas mengadu sakit di bahagian perut.

“Beliau dimasukkan ke hospital pagi ini dan menjalani pembedahan kecil.

“Segala aktiviti Tok Pa dalam tempoh seminggu ini akan ditunda,” katanya seperti dilapor ketika ditemui selepas majlis solat hajat berkenaan.

Lebih 100 menghadiri solat hajat berkenaan. Turut hadir, Ketua BERSATU Bahagian Jeli, Dr Aminuddin Yaacob.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas itu sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mustapa mengumumkan menyertai Bersatu bulan lalu dan menjadi wakil rakyat tunggal Pakatan Harapan di negeri ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS