Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Streram harap dapat jadi calon lagi
Diterbitkan:  Nov 16, 2018 1:00 PM
Dikemaskini: 6:39 AM

Menang di mahkamah, pakar bius Dr S Streram berharap diberi peluang bertanding sekali lagi di Rantau.

Selepas keputusan yang memihaknya hari ini, Streram berkata beliau gembira dengan keputusan itu yang menurutnya mengembalikan semula haknya.

“Saya berasa sangat gembira sebab enam bulan kita berlawan dengan barisan peguam yang handal untuk mendapatkan keputusan ini bagi rakyat Malaysia.

“Keputusan ini membuktikan sesiapa sahaja calon mempunyai hak untuk bertanding dalam pilihan raya dan pengundi ada suara atau hak untuk memilih calon yang sah," katanya.

Selain itu, menurut beliau, pengundi juga, boleh memilih calon pilihan mereka untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ditanya sama ada beliau bersedia menjadi calon PKR dan bertanding pada pilihan raya kecil akan datang, Streram berkata, terpulang kepada parti untuk menentukkannya.

"Terpulang kepada parti untuk memilih walaupun saya yang mencabar keputusan pilihan raya ini.

"Saya harap akan terpilih sekali lagi," kata anggota PKR itu.

Streram memfailkan petisyen pada 23 Mei lalu untuk membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sebagai pemenang kerusi DUN Rantau pada PRU-14.

Dalam petisyennya, selain Mohamad selaku responden pertama, Streram juga menamakan pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agos Suyub sebagai responden kedua; dan SPR sebagai responden ketiga.

SPR dijangka mengeluarkan notis kekosongan kerusi DUN Rantau dalam tempoh 30 hari selepas menerima sijil perakuan keputusan pilihan raya yang akan dikeluarkan mahkamah.

Lihat Komen
ADS