Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Zuraida mahu calon wanita PKR tanding di PRK Rantau
Diterbitkan:  Nov 16, 2018 7:25 PM
Dikemaskini: 11:25 AM

Calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mahu parti berkenaan meletakkan calon wanita di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan yang bakal diadakan.

Zuraida yang juga bekas Ketua Wanita PKR berkata, beliau telahpun mempunyai dua orang calon wanita dari negeri itu yang difikirkan layak dan akan membawa nama-nama berkenaan kepada barisan kepimpinan untuk dipertimbangkan.

Beliau menambah parti berkenaan bagaimanapun belum membuat sebarang perbincangan berkaitan PRK berkenaan.

"Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) PRU-14 lepas kita (PKR) tidak mempunyai calon wanita di Negeri Sembilan dan PRK DUN Rantau ini saya cadangkan agar diletakkan seorang calon wanita.

"Rakyat Negeri Sembilan dilihat khusus mahukan calon yang lahir di sana dan dua nama yang saya ada ini merupakan anak tempatan Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2018 di Shah Alam, hari ini.

Mahkamah Pilihan Raya di Seremban hari ini mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN itu pada PRU14 sebagai batal dan tidak sah. Mohamad menang kerusi DUN itu tanpa bertanding pada 28 April lalu selepas calon PKR Dr S. Streram dilarang masuk pusat penamaan kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram yang juga pakar bius memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu diadakan semula kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Dalam petisyennya Dr Streram menamakan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu sebagai responden pertama; pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agus Suyub sebagai reponden kedua; dan SPR responden ketiga.

Dr Streram juga mendakwa SPR telah gagal memberitahunya semasa mengambil borang pencalonan dan membayar deposit untuk mengambil tag nama atau pas masuk ke dalam dewan pencalonan pada hari pencalonan.

Mohamad diwakili oleh lima peguam diketuai oleh Datuk Mohd Hafarizam Harun, manakala Dr Streram diwakili empat peguam diketuai oleh Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

- Bernama

Lihat Komen
ADS