Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin kanan PKR perlekeh usaha angkat Anwar jadi PM

KONGRES PKR | Bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan ada segelintir pemimpin kanan parti itu memperlekehkan usahanya mengangkat Anwar Ibrahim selaku perdana menteri kelapan.

Rafizi berkata, ada dalam kalangan mereka menyifatkan masa Anwar untuk dinobatkan sebagai pemimpin utama negara sudah berakhir.

Jelasnya, walaupun parti itu meraikan perbezaan pendapat, namun dalam soal teras - iaitu mengangkat Anwar sebagai perdana menteri - seharusnya disepakati oleh semua anggota PKR.

"Ada pimpinan kanan yang memperlekahkan usaha untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri kelapan.

"Ada yang kata (menulis di media sosial) bahawa masa Anwar sudah berakhir, ada kata perlu kepada pilihan yang baru," katanya ketika menyampaikam ucapan penggulungan pada Kongres PKR Ke-13 di Shah Alam, hari ini.

Beliau menggesa semua pihak dalam perti meninggalkan persengketaan dan kembali bersama-sama untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri.

Antara spekulasi yang timbul sebelum ini adalah wujudnya usaha untuk menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri.

Anggota Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa ia didalangi Daim Zainuddin dan turut melibatkan Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun Mahathir sendiri berkali-kali menegaskan beliau akan mematuhi persetujuan yang dicapai antara komponen PH sebelum PRU ke-14 - bahawa Anwar akan menggantikannya.

Rafizi berkata Anwar bakal berdepan cabaran cukup besar apabila mengambil alih pentadbiran daripada Dr Mahathir Mohamad nanti.

Katanya, Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan ekonomi yang rendah sehingga tahun depan ditambah dengan ketidaktentuan ekonomi global dan ia perlu dipikul Anwar.

"Pertumbuhan ekonomi negara dijangka rendah untuk empat suku berturut-turut sehingga tahun depan, tidak sampai 4.5 peratus.

"Kita jadi kerajaan dalam keadaan ekonomi tak memberangsangkan...Hakikat inilah yang terpaksa dipikul Anwar apabila beliau menjadi PM," katanya.

Selain itu, katanya lagi, Anwar juga berdepan cabaran mengekalkan sokongan rakyat, tatkala sokongan pengundi Melayu terhadap PH - termasuk PKR - lebih rendah berbanding Umno dan PAS.

Lihat Komen
ADS