Sah sudah - Anwar Ibrahim kini secara rasmi menjadi presiden PKR bagi menggantikan isterinya yang juga timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman rasmi itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Rashid Din.

Selain itu anggota parlimen Gombak dan menteri hal ehwal ekonomi, Azmin Ali, sah mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR.

Jawatan naib presiden pula diisi anggota parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan bekas anggota Parlime Batu, Tian Chua.

Untuk rekod Zuraida adalah muka baru bagi jawatan naib presiden. Sebelum ini anggota parlimen Ampang itu dipilih menjadi ketua Wanita PKR namun tidak mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan kali ini.

Berikut adalah barisan kepimpinan baru PKR:

Presiden:
Anwar Ibrahim (menang tanpa bertanding)

Timbalan presiden:
Mohamed Azmin Ali

Naib presiden:
Nurul Izzah Anwar
Zuraida Kamaruddin
Xavier Jeyakumar
Tian Chua

Ketua pemuda: 
Akmal Nasir

Timbalan ketua pemuda:
Hilman Idham

Ketua wanita:
Haniza Talha

Timbalan ketua wanita:
Daroyah Alwi

Anggota majlis pimpinan pusat (MPP):
Abdullah Sani Abdul Hamid
Amirudin Shari
Azmizan Zaman Huri
Abdul Halim Hussein
Saifuddin Abdullah
Kumar Appalanaidu
Elizabeth Wong
Gan Pei Nei
Hee Loy Sian
Larry Soon @ Larry Sng
Kamarudin Jaffar
Mansor Othman
Radzlan Jalaluddin
Mohd Rashid Hasnon
Nik Nazmi Nik Ahmad
Nurin Aina
Rahimah Majid
Sivarasa Rasiah
Zakaria Abd Hamid
Zaleha Mustafa

[Berita lanjut menyusul]


 

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS