Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib ke SPRM lagi berhubung kes pemasangan tenaga solar

Bekas Perdana Menteri Najib Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Kenderaan dinaiki Najib kelihatan memasuki pintu hadapan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 9.23 pagi, diiringi kereta polis di belakang.

Najib telah hadir ke SPRM beberapa kali sebelum ini untuk membantu siasatan beberapa kes dengan kali terakhir ialah pada 8 November lepas.

Pada Khamis lalu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

Turut didakwa bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek yang sama.

-Bernama

Lihat Komen
ADS