Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiga cedera lori rempuh chalet
Diterbitkan:  Nov 21, 2018 5:56 AM
Dikemaskini: 9:56 PM

Tiga lelaki dilaporkan cedera selepas sebuah lori tiga tan membawa muatan barangan terpakai merempuh sebuah chalet di Kampung Orang Asli di Pedas, dekat Seremban semalam.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Dzor Yusof berkata dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, lori berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh chalet Temuan Kraft yang dihuni lapan lelaki.

"Tiga daripada lapan orang yang berada di dalam chalet berkenaan cedera, bagaimanapun pemandu lori serta kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kesemua mangsa dihantar ke hospital sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

- Bernama

Lihat Komen
ADS