Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Seorang maut kemalangan tiga lori dekat tol Senawang
Diterbitkan:  Nov 21, 2018 9:30 AM
Dikemaskini: 1:30 AM

Seorang maut dan seorang cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah lori di KM254.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata kemalangan itu berlaku pukul 5.46 pagi.

"Kita terima maklumat mengenai kejadian ini melibatkan dua buah lori trailer dengan sebuah lori tangki. Setakat ini, seorang dilaporkan maut dan seorang cedera... maklumat penuh tentang kejadian sedang dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya buat masa ini ketiga-tiga lorong ditutup sepenuhnya.

"Pihak trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Lebuhraya Plus menyediakan laluan alternatif untuk pengguna lebuh raya iaitu dari arah masuk ke tol Senawang dan melalui Rembau untuk pemandu yang ingin menuju ke arah Selatan. Manakala aliran trafik menuju ke arah Utara lancar seperti biasa," katanya.

--Bernama

Lihat Komen
ADS