Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang gesa isu 'rasis' dirujuk pada JK khas parlimen
Diterbitkan:  Nov 21, 2018 12:53 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Anggota parlimen pembangkang yang membuat serangan lisan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy di Dewan Rakyat, Isnin lalu, harus dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen, kata Lim Kit Siang.

Katanya, apa yang berlaku memalukan parlimen kerana tiada pihak patut bertempik untuk mendiamkan pihak lain.

“Kenapa anggota Umno dan PAS tidak bertindak secara sopan dan bermaruah dengan membenarkan Waythamoorthy membuat penjelasan,” kata Lim.

Pembangkang pada 19 November menuduh Waythamoorthy sebagai “rasis” susulan tersebarnya video tular kenyataan lamanya berkaitan nasib kaum India di negara inil.

Anggota parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi antaranya melaungkan perkataan “rasis” ketika Waythamoorthy menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019.

Dalam ucapan itu, Waythamoorthy cuba menjelaskan pendirian kerajaan terhadap Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Isu video itu pada mulanya dibangkitkan oleh anggota parlimen Tanjong Karang Noh Omar yang kemudian disambut anggota parlimen pembangkang lain, tanpa menghiraukan arahan speaker Mohamad Arif Mohd Yusof.

Waythamoorthy dalam klip video berkenaan mengkritik apa yang menurutnya diskriminasi terhadap golongan minoriti, terutamanya masyarakat India di Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS