Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

PARLIMEN | Seorang MP pembangkang yang menjadi anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendakwa dana bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion tidak lesap seperti yang dinyatakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"The RM19.4 billion is in the (consolidated) accounts," Ahmad Hamzah (BN-Jasin) memberitahu Dewan Rakyat wang tersebut tersimpan dalam akaun terkumpul.

Ahmad menyangkal dakwaan Lim bahawa dana itu telah hilang.

Menteri kewangan memberitahu Dewan Rakyat pada 7 dan 8 Ogos sebanyak RM19.4 bilion dana bayaran balik GST telah diselewengkan pentadbiran BN.

Hari ini, sekali lagi Lim menegaskan dana itu tidak dapat ditemukan.

"Kalau masih ada dalam akaun mengapa kita nak cari wang untuk bayar balik tiada wang.

Laporan PAC minggu depan

Ini menunjukkan sama ada YB dari pembangkang keliru atau tak nak terima kenyataan?" Lim menyoal semula Ahmad.

Terdahulu, Ahmad memberi amaran kepada Lim supaya tidak membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut kerana laporan PAC mengenai dana bayaran balik GST itu akan dibentangkan di parlimen pada minggu hadapan.

"Rumusan keluar minggu depan, kita tengok sama-sama siapa betul siapa salah jangan buat tuduhan," katanya.

Selanjutnya, Lim menjawab berkata beliau senantiasa tertunggu-tunggu laporan PAC itu.

Terdahulu, beliau bertikam lidah dengan bekas perdana menteri Najib Razak mengenai isu bayaran balik GST itu.

Najib mendakwa RM19.4 bilion itu disebabkan oleh peningkatan dalam permohonan pembayaran balik oleh perniagaan yang bergegas untuk mendapatkan bayaran balik apabila kerajaan Pakatan Harapan bertindak untuk memansuhkan GST.

Walau bagaimanapun, Lim berkata RM19.4 bilion adalah jumlah yang terhutang pada akhir Mei tahun ini.

Menurut Najib pula, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan dana berkenaan dan jika dana itu benar-benar lesap beliau menegaskan sudah pasti telah mengambil tindakan.

"Tiada wang yang dirompak," jamin anggota parlimen Pekan.

Lihat Komen
ADS