Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri berang diaju soalan 'anak kawal kementerian'
Diterbitkan:  Nov 22, 2018 4:06 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohamaddin Ketapi berang apabila diajukan soalan berhubung dakwaan salah guna kuasa yang berlaku di sebuah kementerian dengan 'anak menteri' tertentu 'mengawal' kementerian berkenaan.

Astro Awani memetik Mohamaddin sebagai berkata tiada menteri Pakatan Harapan "sebegitu bodoh" untuk membenarkan perkara seumpama itu berlaku.

"Kamu jangan percaya sampah dan s*** ini," kata ahli politik Warisan itu selepas menghadiri sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata tuduhan sedemikian dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat buruk.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa anak seorang menteri menentukan aktiviti dan proses yang dilaksanakan di kementerian itu.

Anak menteri itu didakwa memutuskan syarikat mana yang mendapat kontrak tender.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS