Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO cadang Najib jadi pengerusi Umno, Khairy timbalan

NGO Pro-Umno, Persatuan Sahabat Ulul Amri (PSUAM) mencadangkan supaya perlembagaan parti itu dipinda bagi membolehkan bekas presidennya Najib Razak dilantik sebagai pengerusi.

Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz turut mencadangkan veteran Umno, Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengerusi Umno 2, manakala Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin sebagai timbalan pengerusi 1 dan 2.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan memandangkan sumbangan empat tokoh berkenaan masih diperlukan untuk mengembalikan kegemilangan Umno selepas parti itu tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Sehubungan itu satu memorandum telah diserahkan kepada Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya satu perhimpunan agung khas diadakan bagi membentuk jawatankuasa eksekutif terbabit.

“Tujuan pindaan ini diadakan kerana kami tidak nampak hala tuju Umno, apa yang membimbangkan pemimpin Umno mula ke (lompat) parti lain.

“Ia merupakan hasrat ahli-ahli Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.

“Hanya presiden Umno boleh memanggil untuk mengadakan perhimpunan agung khas berdasarkan fasal 8.5 perlembagaan Umno,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS