Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azeez cadang kawasan merokok parlimen jadi tempat urut refleksologi
Diterbitkan:  Nov 22, 2018 7:13 PM
Dikemaskini: 11:17 AM

Anggota parlimen BN Abdul Azeez Abdul Rahim mencadangkan kawasan merokok di parlimen dijadikan tempat urut kaki atau refleksologi melibatkan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Ini memandangkan seluruh kawasan parlimen telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

“Kita boleh bawa laki, perempuan yang mereka OKU.

"Petang-petang kita boleh urut kaki,” katanya dalam perbahasan parlimen petang ini.

Beliau mencadangkan perkara itu memandangkan ramai di kalangan orang buta yang masih tidak mempunyai pekerjaan.

Menteri undang-undang Liew Vui Keong bagaimanapun berkata blok baru akan dibina di parlimen yang mempunyai kemudahan kesihatan.

“Jadi tak semestinya kita mesti urut badan kita untuk kesihatan,” katanya.

Bagaimanapun, Azeez menyampuk dengan berkata beliau merujuk kepada urut kaki, bukan urut badan.

Enggan mengalah, Liew berkata urut kaki sahaja tidak cukup dan anggota parlimen juga harus bersenam untuk kekal sihat.

“Bersenam dan pastikan kita menggunakan alat-alat sukan,” katanya.

Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pula kemudian mencadangkan penyelesaian segera dengan meletakkan kerusi urut di parlimen.

“Apa salah? Letak saja kerusi urut satu dua, bolehlah ahli parlimen hilang lenguh. Nak tunggu siap bila tu? Lambat lagi projek itu,” katanya.

Rakan sejawatannya Awang Hashim (PAS- Pendang) bagaimanapun sependapat dengan Azeez bahawa menggunakan khidmat OKU dapat membantu pendapatan mereka.

“Kita bantu OKU, bagi sikit, dia ada pendapatan. Itu saja,” katanya.

Lihat Komen
ADS