Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M, isteri miliki aset bersama RM32.4 juta
Diterbitkan:  Nov 23, 2018 11:34 AM
Dikemaskini: 4:51 AM

Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham mengisytiharkan jumlah keseluruhan aset tertinggi iaitu pada nilai RM75.8 juta. Aset itu adalah bersama isteri dan anaknya.

Ngeh adalah seorang peguam, yang mempunyai firma guamannya sendiri di Perak.

Berdasarkan portal Pengisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berada di tempat kedua dengan jumlah aset bersama sebanyak RM32.4 juta.

Di tangga ketiga adalah Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof bersama isterinya dengan jumlah aset bernilai RM23.08 juta.

Ini diikuti oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah yang mengisytiharkan aset bersama isteri dan anaknya bernilai RM15.3 juta.

Laman web SPRM itu walau bagaimanapun tidak memberikan pecahan aset yang diisytiharkan.

Ketika ini, seramai 25 menteri dan timbalan menteri, serta 13 penggubal undang-undang PH masih belum mengisytiharkan aset mereka.

Mereka termasuk Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dan P Waythamoorthy, Menteri Luar Saifuddin Abdullah serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohamaddin Ketapi.

Laman web itu juga tidak mengandungi butiran mengenai aset anak lelaki Mahathir, Mukhriz, yang juga adalah menteri besar Kedah.

Walau bagaimanapun, laman web ini ada menyenaraikan pendapatan bulanan para pemimpin yang disebutkan di atas.

Mereka yang masih belum mengisytiharkan pendapatan atau aset mereka termasuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Shaharuddin Md Salleh, Presiden Warisan Shafie Apdal dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Berikut antara senarai itu:

Muhyiddin Yassin Sendiri Isteri RM 14,365,140.65

Dr Lee Boon Chye Sendiri Isteri Anak RM 13,670,000.00

Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien Sendiri Isteri RM 11,785,477.00

Gobind Singh Deo Sendiri Isteri RM 11,599,900.00

Kamarudin Jaffar Sendiri Isteri RM 11,373,127.59

Tony Pua Sendiri Isteri RM 10,410,697.00

Nga Kor Ming Sendiri Isteri RM 10,028,894.42

M Kulasegaran Sendiri Isteri RM 8,500,000.00

Wong Ling Biu Sendiri Isteri RM 8,267,600.00

Ramkarpal Singh Sendiri RM 7,924,229.11

Zuraida Kamaruddin Sendiri Suami RM 7,791,544.54

Christina Liew Chin Jin Sendiri Suami RM 6,671,000.00

William Leong Sendiri Isteri Anak RM 6,485,735.00

Mustapa Mohamed Sendiri Isteri RM 5,079,034.78

Karupaiya A/L Mutusami Sendiri RM 4,850,000.00

Dr Tan Yee Kew Sendiri Suami RM 4,740,000.00

Willie anak Mongin Sendiri Isteri Anak RM 4,683,722.75

Lim Kit Siang Sendiri Isteri RM 4,329,000.00

Dr Dzulkefly Ahmad Sendiri Isteri RM 3,734,050.00

Lim Lip Eng Sendiri Isteri RM 3,604,637.50

Baru Bian Sendiri Isteri RM 3,451,430.45

Mansor Othman Sendiri RM 3,295,000.00

Wong Kah Woh Sendiri Isteri RM 3,229,000.00

Teo Nie Ching Sendiri Suami RM 3,078,515.62

Ignatius Dorell Leiking Sendiri Isteri RM 2,958,420.00

Senarai lanjut boleh dilayari di portal mydeclaration.sprm.gov.my.



Lihat Komen
ADS