Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Demo anti-Icerd Perkasa: Berang akhirnya bertukar syukur

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!”

Itu reaksi spontan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sebaik sahaja menerima keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd).

Beliau melaungkan takbir selepas mendapat tahu keputusan terbaru kerajaan itu, kira-kira 30 minit selepas perhimpunan anti-Icerd anjurannya di Petaling Jaya selesai.

Ketika itu, Ibrahim dan penyokongnya baru sahaja selesai berhimpun dan menuju ke sebuah kedai makan.

Sejurus mendapat “berita baik itu”, Ibrahim terus mencapai pembesar suara dan mengumumkan perkembangan berkenaan serta melaungkan takbir.

Keputusan itu juga menyebabkan penyokong PERKASA bertepuk tangan dan tersenyum gembira.

“Saya desak kerajaan buat pendirian muktamad dan kerajaan tolak Icerd 100 peratus.

“Saya bersyukur dan beri penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana hari ini telah buat keputusan muktamad berkaitan Icerd.

“Ini bermakna, kerajaan tolak tandatangan PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) dan kerajaan tepat pada masanya,” kata Ibrahim.

Terdahulu, dalam hujan lebat, Ibrahim bersama 50 penyokongnya mengadakan bantahan membantah Icerd dan Akta Hasutan di Masjid Ara Damansara.

Ibrahim berkata keputusan hari ini akan meredakan keresahan masyarakat.

Namun katanya, rakyat harus terus waspada terhadap Icerd yang mungkin diperjuangkan kembali di masa akan datang.

“Rakyat wajar mendalami apa itu Icerd, kita tak dapat jamin 4 atau 5 tahun lagi, isu itu akan timbul balik,” katanya.

Lihat Komen
ADS