Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis akan panggil penganjur himpunan tuntut janji PTPTN
Diterbitkan:  Nov 24, 2018 11:01 PM
Dikemaskini: 3:01 PM

Polis akan memanggil penganjur Himpunan Tuntut Janji Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan di Menara PTPTN di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata penganjur himpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) telah melakukan kesalahan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Tiada notis diberi dan penganjur akan diambil tindakan dibawah APA 2012,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai himpunan itu telah berarak sejauh tiga kilometer menuju ke Menara PTPTN di Kuala Lumpur.

Tinjauan Bernama mendapati berlaku kesesakan susulan kumpulan ini berarak dan tidak mematuhi peraturan jalan raya dengan melawan arus.

Sementara itu, Presiden Gamis Muhammad Faizzuddin Mohd Zai turut mendesak Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan meletak jawatan.

“Beliau (Wan Saiful) perlu letak jawatan kerana tidak laksanakan janji berkaitan PTPTN dalam manifesto ,” katanya.

Pada 17 Nov lepas, Wan Saiful dilaporkan berkata agensi itu tidak mampu menunaikan janji menangguhkan pembayaran balik bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 kerana tidak mahu menjadi seperti ‘menang sorak, kampung tergadai’.

- Bernama

Lihat Komen
ADS