Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Lepas 200 hari PH perintah, SJKT Serendah belum mula dibina'

Penantian penduduk India sekitar Serendah dengan janji pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Serendah masih tidak kesampaian meskipun selepas pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ibu bapa pelajar sekolah berkenaan menyatakan rasa kecewa pada perhimpunan aman hari ini yang diadakan di hadapan Sekolah Rendah Cina Serendah, Selangor.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 100 peserta itu diadakan bagi menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi perhatian berhubung pembinaan sekolah berkenaan.

"Tanah sudah disediakan. Peruntukan sudah ada. Namun, pembinaan tidak dapat dilihat.

"Hari ini tepat 200 hari Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pusat. Ada pemimpin PH pernah kata akan menyelesaikan isu ini dalam masa 24 jam sekiranya menjadi kerajaan. 

"Kini, sudah 200 hari. Masih tidak ada sebarang tindakan," kata M Jeeva, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan SJKT Serendah.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut tidak ada pilihan lain, selain cuba membawa isu ini kepada  perdana menteri.

"Kami juga menyerahkan tiga surat masing-masing kepada Dr Mahathir, menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy agar menyegerakan pembinaan sekolah ini. 

"Tetapi, tiada sebarang maklum balas daripada mereka," tegas beliau.

Sementara itu, seorang bapa pelajar yang hanya dikenali sebagai Ragunathan berkata bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor G Palanivel membuat pengumuman pembinaan sekolah tersebut ketika beliau berusia 13 tahun.

"Kini saya sudah kahwin dan mempunyai empat anak. Masih tidak dapat membina sekolah ini," katanya.

Jeeva turut mendedahkan bahawa murid yang tinggal di kawasan Serendah terpaksa bersiap ke sekolah seawal pukul lima pagi kerana sekolah mereka ketika ini terletak jauh.

"Kami juga terpaksa bayar RM100 sebagai tambang sekolah. Maka, kami nak kerajaan PH segera memberi satu penyelesaiaan berkenaan dengan masalah sekolah kami," tegasnya lagi.

Lihat Komen
ADS