Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis patut siasat Najib pakat jahat buat jenayah - peguam

Walaupun SPRM sedang menyiasat pendedahan ketua audit negara mengenai pengubahan dalam laporan audit 1MDB, seorang peguam menggesa pihak polis untuk turut menyiasat Najib Razak kerana pemalsuan dokumen dan berpakat jahat melakukan jenayah (criminal conspiracy).

Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata pendedahan Ketua Audit Negara Madinah Mohamad semalam menampakkan unsur dakwaan jenayah pemalsuan di bawah Seksyen 463 dan 464 Kanun Keseksaan serta pakat jahat jenayah di bawah Seksyen 120A Kanun Keseksaan.

"Malah, pendedahan ini bukan sahaja terhadap Najib seorang tetapi juga termasuk tiga individu lain yang bernama: Shukry Salleh (bekas setiausaha sulit Najib), bekas ketua setiausaha negara, Ali Hamsa dan bekas ketua audit negara Ambrin Buang, yang semuanya perlu disiasat atas peranan masing-masing dalam bersubahat dan berpakat melakukan jenayah jahat," kata Haniff.

Beliau berkata bagi dakwaan pemalsuan, hukuman yang ditetapkan di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan adalah penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bagi dakwaan berpakat jahat melakukan jenayah, peguam ini berkata di bawah Seksyen 120B(2), jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

'Tak masuk akal ketua audit kena bincang Najib dulu'

Haniff mempertahankan pendedahan Madinah dalam isu ini berkata jenayah perlu didedahkan, disiasat dan tindakan perlu dilakukan.

Walaupun SPRM sudah memulakan siasatan, tetapi pihak polis juga perlu bertindak sama, jelasnya.

"Adalah suatu yang tidak masuk akal untuk peguam Najib (Muhammad Shafee Abdullah) mencadangkan bahawa Madinah perlu berunding dengan anak guamnya, sebelum membuat pendedahan.

Firma peguam Najib, Shafee & Co dilaporkan mengeluarkan kenyataan, mendakwa pendedahan Madinah bersifat politik mendakwa ia diarahkan oleh kabinet.

"Ini seolah-olah menunjukkan bahawa terdapat gesaan politik dan pertimbangan yang diambil untuk membuat keputusan supaya mengeluarkan kenyataan akhbar tersebut," kata firma tersebut.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS