Pakatan Harapan Perak akan membuat laporan polis ke atas pemimpin pembangkang negeri itu Saarani Mohamad kerana mendakwa beberapa exco negeri cuba menggulingkan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

"Kita ada perbincangan dalaman dan kita dapati tiada seorang pun dari 31 ADUN kita (PH) terlibat (seperti dakwaan Saarani), ini merupakan konspirasi Umno.

"Kita akan buat laporan polis dalam masa terdekat," kata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming di parlimen hari ini.

Nga menggesa agar polis menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 124B dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Seksyen 124 Kanun Keseksaan diperuntukkan bagi menangani aktiviti yang menjejaskan demokrasi parlimen. Ia boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Undang-undang itu sebelum ini sering menimbulkan kebimbangan dalam kalangan badan hak asasi dan pemimpin politik sendiri kerana disifatkan boleh digunakan sebagai senjata politik.

"Amalan rasuah untuk membeli wakil rakyat lompat parti jelas merupakan aktiviti yang menjejaskan demokrasi parlimen.

"Saya menggesa polis membuat siasatan terperinci bagi memastikan kudeta pada 2009 tidak berulang," katanya.

[Baca berita penuh]