story image
mk-logo
Berita
Mahkamah Persekutuan arah bicara penuh petisyen p'raya Tasek Gelugor
Diterbitkan:  Nov 28, 2018 3:52 AM
Dikemaskini: 4:22 AM

Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan mengarahkan merit petisyen pilihan raya difailkan oleh Timbalan menteri Luar Marzuki Yahya dibicarakan sepenuhnya sekali lagi oleh Mahkamah Pilihan Raya di Pulau Pinang.

Dalam keputusan majoriti 4-1, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum mengarahkan kes itu diremit semula.

Katanya, Mahkamah Persekutuan mendapati ia memenuhi syarat-syarat petisyen pilihan raya dan mempunyai merit untuk perbicaraan penuh.

“Kami meremitkan kes itu kepada Mahkamah Pilihan Raya. Tiada arahan dibuat berkaitan kos,” katanya.

Isu itu dirujuk ke mahkamah setelah Borang 14 yang diberikan kepada calon dikatakan berbeza dengan yang dipaparkan di pusat penjumlahan itu.

Marzuki dari Bersatu kalah kepada calon Umno Shahbudin Yahaya di Tasek Gelugor dengan hanya 81 undi.

Lihat Komen (0)
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS