Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Demokrasi ada batasnya, kata PM isu rusuhan kuil Seafield

Demokrasi mempunyai batas yang perlu difahami oleh semua pihak, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menggesa semua pihak berhenti mengeluarkan kenyataan yang mempunyai unsur provokasi yang boleh membawa kepada perpecahan kaum.

"Bukan niat kerajaan untuk menghukum sesiapa secara buta-tuli, tetapi demokrasi mempunyai batasnya dan kita semua harus faham akan batas-batas demokrasi ini. Tidak ada sesiapa yang boleh bertindak sesuka hati melanggar undang-undang dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan kekecohan dalam negara.

"Hak dan kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang boleh mengatakan apa sahaja yang bersifat provokatif terhadap sensitiviti pihak lain.

"Jika ada pihak yang melanggar undang-undang untuk kepentingan diri mereka sahaja, maka kerajaan yang mendokong prinsip, dengan izin rule of law, juga akan bertindak berdasarkan undang-undang.

"Kerajaan tidak akan bertolak-ansur dan akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang ada untuk memastikan keharmonian dan keamanan Negara tidak di perlekehkan oleh sesiapa," ," katanya ketika menjelaskan berhubung isu rusuhan yang berlaku di kuil Seafield Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Mahathir juga menekankan bahawa insiden berkenaan adalah tindakan jenayah dan bukannya isu perkauman atau berkaitan agama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS