Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam minta akaun Hasanah tak dibeku bagi bayar yuran guaman

Shaharudin Ali yang merupakan peguam kepada bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid meminta akaun anak guamnya tidak dibekukan.

Shaharudin Ali mewakili Hasanah dalam pertuduhan berhubung pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia sebanyak AS$12.1 juta (RM50.43 juta), April dan Mei lalu.

Selain itu, Shaharudin turut meminta agar kes Hasanah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Rozina Ayob bagaimanapun mengarahkan Shaharudin membuat permohonan rasmi.

Terdahulu, Hasanah hadir pada jam 2.30 petang ditemani adik dan anak saudaranya.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad hari ini menyerahkan 46 dokumen antaranya rakaman CCTV, imigresen dan forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pegawai penyiasat bagi kes itu akan cuba mendapatkan lain-lain dokumen antaranya senarai sitaan, rakaman percakapan, gambar lokasi dan resit-resit.

Hakim Rozina Ayob bekata ia bagi tujuan penyerahan dokumen di bawah Seksyen 51 (a) selewat-lewatnya 3 Jan depan bagi pengurusan kes berkenaan.

Sebelum ini Hasanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah yang didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri antara 30 April dan 9 Mei lalu.

Lihat Komen
ADS