Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM soal siasat Mahdzir selama 8 jam
Diterbitkan:  Nov 29, 2018 9:46 PM
Dikemaskini: 1:46 PM

Bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid disoal siasat lebih lapan jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, berkenaan projek tenaga solar untuk sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM2.5 bilion.

Difahamkan beliau yang juga naib presiden Umno hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul sepuluh pagi tadi, dan hanya meninggalkan bangunan itu pada pukul 6.30 petang.

Beliau dijangka hadir semula pada pukul sembilan pagi esok untuk sesi soal siasat yang seterusnya.

Beliau pertama kali ke SPRM berhubung isu itu pada 16 Oktober lalu dan disoal siasat selama lima jam.

Isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor dan bekas pembantunya Rizal Mansor telah berdepan sejumlah pendakwaan berhubung projek itu.

Pada 10 Jun lalu, bekas perdana menteri Najib Razak didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari 2017 agar menganugerahkan kontrak projek hibrid solar di 369 sekolah di negeri itu - bernilai RM1.25 bilion - kepada sebuah syarikat.

Namun dilaporkan peratusan siap projek itu jauh lebih rendah berbanding sasaran 51 peratus yang sepatutnya dilaksanakan setakat 15 Mei lalu.

Lihat Komen
ADS