Usno Baru adakan AGM pilih presiden
Parti Usno Baru megadakah mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk memilih kepimpinannya semalam.
Parti baru itu, yang didaftarkan pada tahun 2013, mengadakan AGM semalam, di mana majoriti ahli jawatankuasa penajanya, yang hadir, memilih Ibrahim Linggam sebagai presiden mereka.
Menurut Free Malaysia Today (FMT), Ibrahim mendapat sokongan lapan daripada 10 ahli jawatankuasan penaja yang hadir untuk mengalahkan presiden penaja, Dulli Tiaseh.
Usno Baru mengadakan AGM semalam selepas menerima arahan daripada pendaftar Pertubuhan supaya mengadakan mesyuarat iu dalam tempoh sebulan dari 7 Nov. Mesyuarat itu berlangsung selama dua jam.
"Kami gembira semuanya berakhir. Kini, ia adalah permulaan baru bagi kami," kata Ibrahim yang dipetik oleh FMT.
Usno lama ditubuhkan pada tahun 1967 oleh Datu Mustapha Harun, sebelum dibatalkan pendaftaran oleh RoS pada tahun 1996.

