GLOBAL Michael Cohen, peguam peribadi Presiden Peribadi Donald Trump mengaku bersalah semalam berbohong kepada Kongres mengenai satu cadangan bangunan pencakar langit oleh Organisasi Trump di Moscow, dan mendorong presiden AS itu menuduh Cohen sebagai pembohong dan 'seorang yang lemah'.

Pengakuan yang tidak disangka itu ekoran peningkatatan siasatan Penyiasat Khas Robert Mueller terhadap peranan Rusia dalam pilihan raya presiden AS pada 2016 dan apakah kempen Trump berkomplot dengan Moscow untuk meningkatkan peluangnya, dan meletakkan tekanan baru terhadap presiden.

Cohen membuat pengakuan itu di sebuah memahkamah persekutuan di Manhattan yang dia membuat kenyataan palsu kepada dua panel kongres mengenai projek itu. Menurut dokumen mahkamah, Cohen memberi taklimat kepada Trump mengenai projek itu lebih dari tiga kali, serta anggota keluarganya.

Tidak lama selepas Cohen nenbuat pengakuannya, Trump terus membatalkan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang dijadualkan berlangsung pada sidang kemuncak kumpulan 20 negara perindustrian minggu ini di Argentina, dengan memetik krisis di Ukraine sekarang.

Cohen mengaku bersalah pada Ogos terhadp lapan tuduhan jenayah, termasuk pengelakan cukai, penipuan bank, dan pelanggaran kewangan kempen, dalam kes berasingan yang dibawa oleh pendakwa raya persekutuan di New York. Penghakimannya dijadualkan pada 12 Dis.

Cohen berkata di mahkamah semalam bahawa pada 2017 beliau menyerahkan satu kenyataan bertulis kepada Kongres yang mengatakan bahawa segala usaha yang berkaitan dengan projek hartanah di Moscow telah ditamatkan pada Januari 2016.

Cohen berkata sebenarnya usaha itu berterusan sehingga bulan Jun 2016, selepas Trump memenangi pencalonan Republican untuk jawatan Republikan.

Jawapan bertulis

Cadangan untuk membina menara itu dengan Nama Trump di ibunegara Rusia itu tidak menjadi kenyataan. Cohen memberikan kenyataan palsu kepada Senat dan Dewan Perwakilan, untuk memberi gambaran bahawa projek itu telah ditamatkan, kata pernyataan itu.

Trump semalam menjauhkan diri dari Cohen

"Dia seorang yang lemah, dan bukan seorang yang bijak," kata Trump kepada pemberita. "Dia mendapat hukuman berat penjara dan dia berusaha mendapatkan hukuman penjara yang ringan dengan membuat cerita ini."

Trump, yang minggu lalu mengemukakan jawapan bertulis kepada soalan-soalan yang ditimbulkan dalam siasatan Mueller, menggelar projek Moscow itu sebagai "urusan yang tidak berlaku" terutamanya kerana dia sibuk berkempen untuk untuk jawatan presiden.

"Walaupun jika dia betul, ia tidak penting kerana saya dibenarkan untuk melakukan apa sahaja yang saya mahu semasa kempen," kata Trump. "Saya menjalankan perniagaan saya, banyak perkara yang berbeza semasa kempen.

"Semua orang tahu mengenai perkara itu." "Saya tidak cuba menyembunyikan apa-apa," katanya.

Peguam Trump Rudy Giuliani berkata presiden telah memberikan jawapan bertulis kepada soalan dari Mueller mengenai projek Moscow.

Ditanya sama ada ada apa-apa dalam jawapan itu yang bercanggah dengan Cohen mengenai projek itu, Giuliani memberitahu Reuters: "Saya tidak tahu."

{Baca berita penuh]

- Reuters