Pengarah FBI Comey fail tindakan batalkan sapina kongres
GLOBAL Bekas pengarah FBI James Comey meminta hakim persekutuan pada hari Khamis untuk membatalkan sapina Jawatankuasa Kehakiman Dewan Rakyat AS, yang cuba memaksanya memberi keterangan secara tertutup mengenai keputusannya menjelang pilihan raya presiden 2016.
Ia difailkan di Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Columbia selepas Comey sebelum ini memberitahu ahli Parlimen Republikan bahawa dia hanya akan bersetuju untuk memberi keterangan jika pendengaran terbuka kepada umum.
"Comey meminta campurtangan mahkamah bukan unuk mengelak memberi keterangan tetapi untuk menelak jawatankuasa bersama itu daripada memanipulaskan keterangan yang diberi secara tertutup itu," demikian menurut pemfailan itu.
Sapina bertarikh 21 Nov itu mengarahkan Comey hadiri satu sesi tertutup pada 2 Dis sebagai sebahagian daripada siasatan bersama Jawatankuasa Kehakiman Kongres dan Jawatankuasa Penyelia Kongres.
Jawatankuasa Kehakiman Kongres secara berasingan mensapina bekas peguam negara Loretta Lynch untuk hadir sesi secara tertutup pada 4 Des.
Siasatan itu melihat keputusan FBI yang berkaitan dengan siasatannya terhadap penggunaan server emel peribadi Setiausaha Negara Hillary Clinton dan penyiasatannya terhadap kempen Presiden Donald Trump yang didakwa bersekutu dengan Rusia.
- Reuters

