GLOBAL Polis telah mengeledah pejabat semua ahli lembaga Deutsche Bank sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap tuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Panama Papers, kata sumber kepada Reuters pada hari Jumaat.

Saham bank terbesar di Jerman itu ditutup 2.9 peratus lebih rendah, selepas mencatat rekod terendah pada awal hari ini, ketika serbuan itu yang bermula pada hari Khamis masuk hari kedua.

"Kami akan terus menyokong penyiasatan dan bekerja secara konstruktif dengan pihak berkuasa," kata Karl von Rohr, timbalan ketua pegawai eksekutif Deutsche, dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Saham Deutsche Bank telah merosot separuh daripada nilai mereka tahun ini, selepas mengalami tiga tahun kerugian dan satu siri skandal kewangan. Syarikat itu kini bernilai hanya sekitar €17 bilion.

Serbuan itu dilancarkan ketika Deutsche Bank cuba untuk memperbaiki reputasi yang tercemar.

Christian Sewing, dilantik ketua pegawai eksekutif pada bulan April untuk membantu memulihkan bank itu telah mengurangkan operasi kumpulan itu di AS, dan merombak lembaga pengurusannya tapi perolehen terus merosot.

Penyiasat sedang melihat aktiviti dua pekerja Deutsche Bank yang tidak dinamakan yang didakwa telah membantu pelanggan menubuhkan firma luar pesisir untuk mengubah wang , kata pejabat pendakwa. Siasatan itu menumpukan kepada peristiwa dari tahun 2013 hingga tahun ini.

Gerhard Schick, anggota parlimen untuk pembangkang Parti Hijau, berkata ia "sangat menjengkelkan" bahawa ahli lembaga semasa bank itu mengawasi operasi semasa yang dipersoalkan. "Ini bukan mengenai isu legasi," katanya dalam satu kenyataan kepada Reuters.

Pendakwa berkata pada hari Khamis siasatan itu tercetus selepas penyiasat menyemak maklumat dalam Panama Papers, yang mengandungi jutaan dokumen daripada firma perundangan Panama Mossack Fonseca yang dibocorkan kepada media pada April 2016.

Kira-kira 170 pegawai polis, pendakwa dan inspektor cukai memulakan serbuan pada hari Khamis, merampas dokumen-dokumen bertulis dan elektronik. Hanya satu kereta polis yang kelihatan di luar ibu pejabat bank pada awal hari Jumaat.

Ketua Pejabat Pendakwa Frankfurt, Albrecht Schreiber, berkata bpada hari Jumaat petang bahawa penyiasat ​​telah membuat "kemajuan sangat cepat dan sangat baik".

Deutsche bekerjasama sepenuhnya, dalam menjawab pertanyaan pihak berkuasa.

Kawalan Deutsche Bank yang menghalang pengubahan wang haram mendapat perhatian pengawal selia di kedua-dua belah Atlantik.

Schick, yang juga pengerusi Finanzwende, pengawas kewangan akar umbi, menuding jari terhadap pengatur selia pasaran kewangan Jerman, BaFin.

BaFin berkata pengkritiknya telah salah memahami keadaan, dan penyelia dan pendakwa memainkan peranan yang berbeza.

Pada bulan September, presiden BaFin, Felix Hufeld berkata agensi itu tidak menemui sebarang bukti berlaku pelanggaran peraturan pengubahan wang haram oleh bank-bank yang dinamakan dalam Panama Papers.

Pada September, BaFin mengarahkan Deutsche Bank untuk berbuat lebih banyak untuk menghalang pengubahan wang haram dan "pembiayaan pengganas," dan melantik KPMG sebagai pihak ketiga untuk menilai kemajuan.

Pada hari Khamis, ketika serbuan berlangsung, pengerusi naib pengerusi untuk Rizab Persekutuan AS, Randal Quarles, menemui pengurusan Deutsche Bank

[Baca berita penuh]

- Reuters