Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sistem tanpa tunai mampu banteras rasuah, kata Dr M

Kerajaan merancang meluaskan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai kerana ia mampu mengurangkan amalan rasuah dan seterusnya mengurangkan kos sara hidup rakyat, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, setiap transaksi menerusi sistem itu akan direkod, maka membolehkan pihak berkuasa mengesan sesiapa yang melakukan rasuah.

"Kerajaan akan fikir tentang cara untuk memperkenal sistem tanpa wang (tunai), masyarakat tanpa tunai (cashless society).

"Apabila kita guna awng tunai, kadang-kadang ia digunakan untuk rasuah dan sebagainya. Apabila kita perkenalkan masyarakat tanpa tunai, sukar untuk mereka sogok rasuah kepada sesiapa kerana semuanya direkod," katanya ketika pelancaran Skim Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Rapid KL di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya lagi, rasuah yang parah adalah antara punca meningkatnya kos sara hidup dan kerajaan cuba mengatasinya untuk meringankan beban rakyat.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS