Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda MCA: Kami mampu beri idea lebih baik berbanding Guan Eng

Pemuda MCA berikrar untuk merangka dasar ekonomi yang lebih baik daripada apa yang diajukan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Untuk itu, ketua pemuda baru parti itu Nicole Wong berkata beliau akan menubuhkan satu jawatankuasa baru yang dapat memberi cadangan berkenaan perkara itu - terutama dalam aspek menambah pendapatan orang ramai.

"Untuk mentadbir negara, penting untuk membolehkan rakyat menambah pendapatan...Maka (mengukuhkan) perniagaan adalah salah satu caranya," katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA, hari ini.

Beliau berkata, MCA yang kebanyakannya dianggotai kelas pertengahan dan komuniti perniagaan, mampu memberikan pandangan membina berhubung ekonomi negara.

"Orang Melayu dan India mengakui kebolehan orang Cina untuk berniaga. Sebagai pertubuhan berasaskan masyarakat Cina, kita ada banyak bakat.

"MCA ada kebolehan untuk menghasilkan idea yang lebih baik berbanding Lim. Orang ramai boleh menambah pendapatan dan (MCA) sekali lagi akan mendapat sokongan (rakyat)," katanya lagi.

Katanya, ia merupakan salah satu cara ke arah transformasi parti itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS