Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'1MDB perlu contohi FGV saman pengurusan terdahulu'
Diterbitkan:  Dec 2, 2018 5:09 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng menggesa pengurusan semasa 1MDB mencontohi FGV Holdings Bhd (FGV) dengan memfailkan saman terhadap bekas pengarahnya untuk mendapatkan semula lebih setengah bilion ringgit yang hilang disebabkan kelalaian ketika menjalankan tugas.

"1MDB sedang disiasat oleh tidak kurang daripada 10 agensi penguatkuasa undang-undang negara luar, dan ada kemungkinan (mereka yang didakwa) pelaku menyembunyikan wang di luar negara.

"Sebaik saja saman sivil dimulakan, 1MDB boleh memohon kepada mahkamah untuk injunksi Mareva di seluruh dunia bagi menghalang defendan mengendalikan aset mereka, termasuk wang dalam bank, sama ada di Malaysia atau luar negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Injunksi Mareva merujuk kepada perintah mahkamah untuk membekukan aset penghutang untuk mengelakkannya dikeluarkan atau dipindahkan ke tempat lain, misalnya ke luar negara atau luar bidang kuasa mahkamah itu.

FGV sebelum ini memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap 14 bekas anggota lembaga pengarah dan kakitangannya berhubung pembelian Asian Plantations Ltd (APL) - syarikat berpangkalan di Singapura dan mempunyai aset di Sarawak serta tersenarai di Bursa Saham London.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata prosiding undang-undang itu antaranya terhadap bekas penterusi Mohd Isa Abdul Samad dan bekas presiden kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Mohd Emir Mavani Abdullah.

FGV mengambil alih APL menerusi tawaran tunai sukarela berjumlah £120 million (RM628 juta ketika itu), iaitu lebih tinggi daripada kadar ketika itu.

Selain 1MDB, Lim juga menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengambil langkah seperti FGV berikutan pendedahan salah urus dan salah guna kuasa oleh syarikat itu ketika pentadbiran BN.

"Mereka yang terlibat bukan saja perlu didakwa atas (dakwaan) jenayah mereka, malah malah prosiding undang-undang juga perlu dimulakan untuk menuntut kerugian," katanya lagi.

[Baca berita penuh] 

Lihat Komen
ADS