Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Status Waythamoorthy sebagai menteri terpulang pada PM

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, status P Waythamoorthy sebagai menteri adalah bergantung kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Anggota parlimen Port Dickson itu berkata demikian sebagai mengulas gesaan Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang menggesa Waythamoorthy meletakkan jawatan susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung isu kuil Seafield.

"Kita perlu selesaikan isu kuil terlebih dahulu dan menteri besar Selangor akan memanggil semua pihak bagi menyelesaikannya secara baik agar sentimen perkauman tidak timbul dan memburukkan keadaan.

"Berhubung Waythamoorthy sebagai menteri, itu bidang kuasa dan bergantung pada budi bicara perdana menteri," kata Anwar pada sidang media di Damansara selepas melancarkan buku 9 May 2018: Notes from the Frontline yang dikarang Anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Terdahulu, kira-kira 200 menyertai himpunan anjuran Perkasa di Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) serta mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy agar meletakkan jawatan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau akan melantik Rafizi Ramli bagi sebarang jawatan di dalam PKR, Anwar berkata beliau masih mempertimbangkan perkara itu.

"Saya masih fikir. Parti perlu inklusif," kata Anwar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS