Paling Popular
Terkini

MCA meluluskan resolusi untuk menggesa pembubaran BN dan membentuk pakatan baru di perhimpunan agung parti itu hari ini.

Menurut Presiden MCA Wee Ka Siong dalam sidang medianya, pakatan baru itu akan ditubuhkan pada masa yang sesuai.

Tambah Wee, hampir semua perwakilan pusat MCA yang menghadiri mesyuarat tertutup mengangkat tangan sebagai tanda bersetuju dengan resolusi itu selepas berbahas.

Jelas Wee lagi, hanya seorang perwakilan yang membantah resolusi itu,

Kebanyakan perwakilan, katanya, termasuk 12 anggota Pemuda terlibat dalam perbahasan itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perwakilan yang membantah resolusi berkenaan.

"Perhimpunan agung membenarkan Jawatankuasa Pusat untuk membuka jalan kepada pembubaran BN dan membentuk pakatan yang berkesan," kata keterangan pada resolusi berkenaan.

"Wee juga membacakan alasan resolusi berkenaan sebagai: "Untuk membangkitkan dan memulakan semula, BN perlu dibubarkan dengan persefahaman penuh dan konsensus parti komponen, agar ada ruang kebebasan untuk membawa inovasi dan penstrukturan semula.

"Sementara penubuhan pakatan politik baru akan diadakan pada masa yang sesuai apabila ada konsensus dengan konsep dan prinsip yang dipegang," katanya.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS