Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jho Low akan didakwa lagi, kata laporan
Diterbitkan:  Dec 4, 2018 9:01 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa beberapa negara, Jho Low, dilapor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut The Star Online selain Jho Low proses pendakwaan tanpa hadir (in absentia) itu juga akan melibatkan empat tertuduh lain.

Kata laporan berkenaan kemungkinan besar mereka akan dihadapkan dengan tuduhan berkaitan skandal 1MDB.

Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - sedang bersembunyi dipercayai di China bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa beberapa negara, termasuk Malaysia.

Pada Ogos lalu dia didakwa kali pertama atas lapan tuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Antipengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Waran tangkap juga dikeluarkan ke atas bapanya, Low Hock Peng.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS