Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid elak soalan Ops Yaman 2
Diterbitkan:  Dec 4, 2018 12:13 PM
Dikemaskini: 4:13 AM

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi enggan mengesahkan atau menafikan jika pentadbiran BN terdahulu yang mengerahkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi dalam Ops Yaman 2 tidak mendapat kelulusan kabinet seperti yang didakwa oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.

Liew, semalam memaklumkan Dewan Rakyat bahawa Malaysia sebelum ini menugaskan 42 pegawai tentera ke Riyadh, Arab Saudi pada April 2015 untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Yaman. Operasi berkenaan dikenali sebagai Ops Yaman 1.

Bagaimanapun, pada Jun 2015, misi itu ditukar menjadi misi logistik yang dikenali sebagai Ops Yaman 2 dengan penglibatan 94 pegawai tentera.

Liew, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam berkata,kabinet tidak dimaklumkan mengenainya dan anggota tentera Malaysia terlibat dalam logistik ketenteraan untuk perang yang dipimpin oleh Saudi di Yaman.

Zahid, yang adalah timbalan perdana menteri ketika itu apabila ditanya tentang perkara itu, hari ini, tidak memberikan jawapan secara langsung.

“Saya nak tanya dulu, adakah beliau (Liew) terlibat dalam mesyuarat kabinet itu?” soal Zahid, ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Menurut jawapan Liew kepada Dewan Rakyat semalam, ATM membantu Pakatan Arab Saudi dari segi peralatan, peluru dan bahan letupan, walaupun tanpa mendapat persetujuan kabinet.

Tentera Malaysia hanya dipanggil pulang pada September lalu selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS