Permohonan batal saman kes rampas 'dana Umno' didengar 11 Feb
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 Feb tahun depan untuk mendengar kes permohonan kerajaan dan polis untuk membatalkan saman yang difailkan bekas setiausaha organisasi Umno Abdul Rauf Yusoh (gambar) untuk mendapatkan semula "dana parti" itu berjumlah RM116.7 juta yang dirampas polis Mei lalu.
Hakim Nik Hasmat Nik Mohamed dilaporkan menolak untuk mendengar permohonan penemuan dan sebaliknya mahu mendengar permohonan pembatalan saman terlebih dahulu.
Susulan itu, peguam Hariran Singh Tara Singh yang mewakili Umno memberitahu wartawan bahawa hakim menetapkan 11 Feb untuk pendengaran.
Sebelum ini dilaporkan bahawa polis dan kerajaan memohon untuk membatalkan saman berkenaan.
Polis dan kerajaan juga mendakwa perkara itu masih dalam siasatan justeru mereka dilindungi di bawah Akta Polis 1967.

