Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk merakamkan kenyataannya untuk dicatatkan oleh polis.

Waythamoorthy mengesahkan demikian apabila dihubungi oleh Malaysiakini, tetapi berkata, dia tidak pasti waktu dia akan berada di sana.

Laporan polis dibuat terhadap Waythamoorthy berhubung rakaman video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu baru-baru ini yang menuduh kerajaan BN sebelum ini mendiskriminasi masyarakat India di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sebelum ini pernah memanggil pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu namun beliau meminta penangguhan.

Beberapa hari yang lalu, ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan mengapa polis belum menangkap Waythamoorthy walaupun "ratusan" laporan polis dibuat terhadapnya.

Katanya, kerajaan telah menahan anggota Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo namanya disebut di dalam 17 laporan polis berbanding nama Waythamoorthy yang disebut dalam sekurang-kurangnya 150 laporan polis.

Lihat Komen
ADS