Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis kenal pasti 3 mangsa maut letupan Megamall S'wak
Diterbitkan:  Dec 4, 2018 9:38 PM
Dikemaskini: 1:39 PM

Polis telah mengenalpasti identiti tiga lelaki yang maut dalam insiden letupan gas di City One Megamall di Kuching, yang terdiri daripada dua dari Kuching dan seorang dari Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata mereka dikenalpasti sebagai O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, yang masing-masing berasal dari Kuching.

“Manakala seorang lagi, Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di Kuching hari ini.

Dua daripada lelaki yang maut itu dipercayai pekerja Nene Chicken, sebuah restoran dalam City One Megamall itu.

Mereka disahkan mati di tempat kejadian disebabkan terhempap struktur bangunan semasa letupan berlaku pada 3.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, 28 orang turut cedera, termasuk empat yang parah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS