Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jho Low: Saya didakwa sebab 'rejim Mahathir' gagal
Diterbitkan:  Dec 4, 2018 10:07 PM
Dikemaskini: 2:07 PM

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa pertuduhan mahkamah yang dikenakan terhadapnya bertujuan mengalihkan perhatian terhadap "kegagalan rejim Mahathir" mentadbir negara.

Jho Low berkata demikian dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan sebuah syarikat perhubungan awam di Sydney, Australia bagi pihaknya.

Low berkata pentadbiran PH, pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengabaikan kedaulatan undang-undang dan salah tafisr perlembagaan.

“Pendakwaan ini bertujuan mencipta sebuah lagi rasa selamat palsu kerana kerugian politik yang dibawa rejim (Dr) Mahathir sendiri disebabkan kegagalannya dalam isu-isu semasa; mengabaikan kedaulatan undang-undang; dan salah tafsir Perlembagaan yang disengajakan.

“Ia tidak lebih daripada kelangsungan perbicaraan oleh media dan tindak balas politik oleh rejim (Dr) Mahathir," jelasnya.

Low sekali lagi mengulangi pendiriannya yang beliau tidak bersalah pada semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Waran tangkap buat Jho Low

“Cukup jelas yang Low tidak boleh mendapat perbicaraan adil di Malaysia, di mana rejim berulang kali membuktikan yang mereka tidak berminat (menghormati) kedaulatan undang-undang,” kata kenyataan itu lagi.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low dan empat individu lagi.

Empat individu itu ialah Eric Tan Kim Loong, 40, Tang Keng Chee, 53, Geh Chong Heng, 47, yang ketiga-tiganya merupakan pegawai 1MDB dan seorang wanita, Loo Ai Swan, 45, bekas peguam 1MDB.

Tengah hari tadi, mahkamah membuat pendakwaan tanpa kehadiran (in absentia) terhadap lima individu itu. Pendakwaan bagaimanapun tidak dibacakan di depan hakim.

Jho Low berdepan lima pendakwaan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion.

Lihat Komen
ADS