Himpunan bantah Icerd: Najib sahkan kehadiran, Dr M, Anwar dijemput
Bekas perdana menteri, Najib Razak didakwa sudah mengesahkan kehadiran untuk perhimpunan membantah Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang akan berlangsung Sabtu ini.
Perkara itu disahkan pengarah program himpunan itu, Kamaruzaman Mohamad.
Beliau berkata, penganjur juga mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim ke himpunan itu sekiranya ingin mendengar suara rakyat.
"Najib akan turut hadir ke perhimpunan itu dan kita mengalu-alukan sesiapa saja (untuk hadir) termasuk Dr Mahathir.
"Kami menjemput siapa saja begitu juga dengan Mujahid dan Anwar yang sebelum ini bertegas mahukan ratifikasi Icerd untuk mendengar luahan dan pandangan hati rakyat," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
[Berita lanjut menyusul]

