Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tak mustahil AG akan heret bekas AG ke mahkamah'

Susulan dakwaan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin tidak menolak kemungkinan bekas peguam negara juga mungkin diheret ke mahkamah.

Berucap di parlimen hari ini, Hanipa berkata perkara seperti itu sebelum ini tidak dapat dibayangkan namun kini ia boleh terjadi selepas pertukaran kerajaan.

"Selama ini kita lihat perdana menteri kalau didakwa ini (ia terjadi) di Korea (Selatan). Lepas jatuh kuasa, kita akan nampak mereka diambil gambar dalam keadaan dibawa ke mahkamah.

"Buat kali pertama dalam Malaysia, kita telah melihat bagaimana seorang bekas perdana menteri dibawa ke mahkamah. Kita juga menyaksikan bagaimana seorang yang menjadi mastermind dalam kes ini juga didakwa di mahkamah tanpa kehadiran. Ini juga satu perkara yang berlaku yang tak pernah kita fikirkan sebelum ini.

"Dan mungkin juga […] kami juga terfikir bolehkah peguam negara didakwa. Saya tak tahulah apa yang akan berlaku, tapi saya percaya tak mustahil boleh berlaku bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang.

"Mungkin akan berlaku buat kali pertama dalam sejarah bekas peguam negara akan dibawa di mahkamah oleh peguam negara sekarang. Tak mustahil berlaku.

"Inilah yang kita rasa walaupun tiada lagi pemisahan (kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya), tiada lagi pemindaan, tapi kita telah memulakan langkah untuk menunjukkan kita amat serius dalam perkara ini," katanya dalam sesi soal jawab di parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bertanya tentang perkembangan janji manifesto PH untuk memisahkan fungsi peguam negara dan pendakwa raya.

Hanipa berkata, ia penting kerana bekas peguam negara dipecat ketika hendak membuat dakwaan terhadap pemimpin negara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS