Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pinda laporan audit 1MDB: Najib, Arul Kanda akan didakwa, kata sumber

EKSKLUSIF l SPRM akan mengenakan pertuduhan terhadap bekas presiden 1MDB Arul Kanda berhubung dakwaan meminda laporan audit 1MDB, kata sumber.

Menurut sumber itu, penyiasat juga akan mendawa bekas perdana menteri Najib Razak, yang dituduh mengarahkan supaya laporan berkenaan dipinda.

Menurut seorang pegawai kanan SPRM, mereka sedang menyiapkan laporan untuk mendakwa Arul dan Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang menyatakan bahawa adalah menjadi suatu kesalahan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan habuan.

"Betul, SPRM sedang meneliti untuk mendakwanya (Arul Kanda) bersama-sama dengan Najib berhubung tuduhan meminda laporan audit," kata pegawai itu, yang bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan.

Walau bagaimanapun, sumber itu berkata, tarikh kes berkenaan akan dibawa ke mahkamah, bergantung kepada keputusan timbalan pendakwa raya.

Kertas siasatan, kata seorang sumber lain, masih dengan SPRM dan pasukan penyiasat mempunyai beberapa saksi lain untuk dipanggil bagi merakamkan kenyataan mereka.

Hari ini, bekas ketua pesurujaya SPRM, Dzulkifli Ahmad serta bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya bagi dirakam keterangan mereka berhubung dakwaan isu berkenaan.

Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad mendedahkan, Najib mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.

Antara pengguguran itu termasuklah membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Menurut Madinah, Ambrin dan Arul antara individu yang terbabit dalam pindaan itu termasuklah bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Shukry Salleh dan bekas ketua setiausaha negara (KSN), Ali Hamsa.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS