Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafee mahu ketepi hakim kes bayaran RM9.5 juta

Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah hari ini membuat permohonan lisan untuk mengenepikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar kesnya berhubung bayaran RM9.5 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak antara 2013 dan 2014.

Alasan permohonan Shafee itu adalah kerana Sequerah juga merupakan hakim bagi kes Najib melibatkan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa berhubung 1MDB.

Peguam Havinderjit Singh menyampaikan mesej itu kepada mahkamah dengan menambah bahawa terdapat dua hakim lain yang tidak mendengar kes Najib.

Pihak pendakwaan yang diketuai Gopal Sri Ram berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada hakim untuk membuat keputusan.

Hakim Sequerah tidak setuju dengan pandangan Shafee bahawa beliau tidak akan memberikan perbicaraan yang adil.

"Namun perkara ini perlu melalui permohonan rasmi," katanya.

Susulan itu, hakim menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya pada 14,15,17,28,29,31 Mei dan 10 hingga 21 Jun kecuali 17 Jun.

Sri Ram memaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil tujuh saksi.

Ketika ditemui selepas itu, Shafee berkata beliau akan memfailkan permohonan rasmi untuk mengenepikan hakim Sequerah minggu ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS