Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Batal pewartaan Pulau Kukup dibuat semasa pentadbiran BN’
Diterbitkan:  Dec 5, 2018 7:13 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Kerajaan negeri Johor yang diketuai oleh Pakatan Harapan hari ini mendakwa bahawa pembatalan pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara yang dilindungi dibuat semasa pentadbiran kerajaan negeri BN sebelum ini.

Exco kerajaan negeri, Aminolhuda Hassan, berkata demikian semasa ditemui pemberita pada sidang DUN di bangunan Sultan Ismail di Kota Iskandar, hari ini.

Beliau juga mendakwa bahawa kerajaan negeri PH tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu, lapor The Malay Mail.

"Kami tidak tahu mengenainya (pembatalan pewartaan Pulau Kukup) kerana kelulusan diberikan semasa mesyuarat exco oleh pentadbiran (BN) sebelum ini pada Mac lalu.

"Kami hanya mengetahui perkara ini selepas keputusan dibuat dan diluluskan," kata Aminolhuda yang dipetik sebagai berkata.

Portal berita itu juga melaporkan bahawa pembatalan pulau berkenaan diluluskan pada 7 Mac tahun ini ketika kerajaan negeri Johor masih di bawah pentadbiran BN.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa kerajaan negeri Johor mengumumkan bahawa pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara yang dilindungi sepenuhnya sejak 1997 telah dibatalkan.

Walaupun masa depan Pulau Kukup masih belum diketahui, namun terdapat desakan untuk menyelamatkan pulau itu.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari inimenjelaskan bahawa pembatalan pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara adalah supaya membolehkannya diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan.

Baginda juga memberi jaminan bahawa Pulau Kukup, kawasan hutan paya bakau yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, akan terus menjadi sebagai sebuah taman.

Pulau Kukup yang terletak di Pontian sudah menjadi taman negara sejak 1997.

Selain dikenali dengan hutan paya bakaunya, sebahagian besar kawasan pulau itu tidak berpenghuni.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS