Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Peruntukan agak besar untuk R&D projek kereta nasional ketiga’
Diterbitkan:  Dec 6, 2018 6:00 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyalurkan sejumlah peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan prototaip projek kereta nasional ketiga yang diilhamkan oleh perdana menteri.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof berkata, peruntukan itu akan menggunakan geran R&D kerajaan yang sudah diluluskan.

Menurutnya, peruntukan yang “agak besar” itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Biar perdana menteri umumkan mengenai dana geran ini.

“Ia (jumlahnya) agak besar dan cukup untuk menjadi pemangkin bagi menarik penyertaan swasta dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang kami akan tubuhkan bagi meraih modal permulaan untuk merangsang (perkembangan) projek kereta nasional ketiga ini," katanya yang dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian hari ini.

Redzuan, berkata sektor swasta menunjukkan minat yang memberangsangkan terhadap projek kereta nasional baru itu dan mahukan industri automotif tempatan untuk berkembang lebih pesat.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ketiga itu tidak akan menggunakan dana awam mahupun kerajaan.

Malah, kata Lim, pada awal bulan ini bahawa kerajaan juga belum membuat keputusan untuk melabur dalam projek berkenaan tetapi tidak mempunyai masalah dalam menyediakan peruntukan untuk melaksanakan R&D.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS