Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Syarat himpunan 8 Dis: Tiada provokasi, hasutan, kanak-kanak

Polis memberi peringatan peserta himpunan membantah Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tidak membuat provokasi atau menyampaikan ucapan menghasut.

"Kita akan mengambil tindakan terhadap peserta himpunan yang memprovokasi dan mengganggu ketenteraman awam.. Dan mereka yang dilihat menyampaikan ucapan hasutan akan disiasat di bawah Akta Hasutan," kata Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim.

Beliau juga menasihatkan agar peserta himpunan tidak membawa kanak-kanak.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat polis Kuala Lumpur petang tadi, Mazlan berkata penganjur akan dipanggil sekiranya perhimpunan yang dijadualkan bermula pukul 2 petang itu tidak tamat pada pukul 6 petang.

Mazlan juga mengumumkan bahawa enam jalan menghala ke Dataran Merdeka akan ditutup, iaitu Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Pasar, Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan bulatan Dato Onn.

"Jalan ini akan ditutup pada pukul 6 pagi hari Sabtu," katanya.

Penganjur perhimpunan itu ialah Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), dan Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (Daulat).

Beberapa pihak sebelum ini yang bimbang timbul ketegangan kaum menggesa agar himpunan berkenaan tidak diteruskan memandangkan kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meratifikasi Icerd.

Penganjur bagaimanapun menafikan himpunan itu akan menyasarkan kaum lain, sementara Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi jaminan ia akan berlangsung dengan aman.

Himpunan yang disokong oleh PAS dan Umno itu menyasarkan 500,000 penyertaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS