Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sambutan hari hak asasi manusia Sabtu ini diputuskan pada Okt - Suhakam
Diterbitkan:  Dec 7, 2018 7:38 AM
Dikemaskini: Dec 7, 2018 3:09 AM

Keputusan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk mengadakan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada 8 Dis telah diputuskan pada Oktober, kata pengerusi Tan Sri Ismail.

Oleh itu, Razali menyangkal dakwaan bahawa sambutan itu ialah untuk mengganggu demonstrasi anti-ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) yang jatuh pada tarikh yang sama.

Beliau berkata tarikh untuk sambutan itu diputuskan pada 18 Okt mengikut tarikh yang disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Oleh itu, Razali menyangkal dakwaan bahawa sambutan itu ialah untuk mengganggu demonstrasi anti-ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) yang jatuh pada tarikh yang sama.

"Untuk rekod, SUHAKAM menyokong sepenuhnya prinsip hak untuk berhimpun secara aman.

"Dakwaan oleh sesetengah individu bahawa acara SUHAKAM itu dengan dihadiri oleh Perdana Menteri adalah perhimpunan balas untuk mengganggu demonstrasi anti ICERD pada hari yang sama bertujuan untuk mencemarkan reputasi SUHAKAM dari kaca mata orang ramai," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Pada 23 Nov, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di bawahnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara.

-- Bernama

Lihat Komen
ADS