Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jawatankuasa bebas siasat dakwaan gangguan seksual BFM
Diterbitkan:  Dec 7, 2018 10:54 AM
Dikemaskini: 3:13 AM

Sebuah jawatankuasa siasatan bebas yang terdiri daripada peguam akan menyiasat dakwaan yang dibuat mengenai gangguan seksual di stesen radio BFM 89.9.

Dalam satu kenyataan yang dikeluar pagi ini, pengasas BFM Malek Ali berkata jawatankuasa siasatan itu bebas sepenuhnya daripada pihak pengurusan BFM.

Jawatankuasa itu telah diberi mandat penuh untuk menyiasat dakwaan yang terkandung dalam satu surat yang beredar di sosial media.

Malek berkata, jawatankuasa itu akan melaporkan terus kepada sebuah panel yang dianggotai pengarah bebas bukan eksekutif BFM.

Beliau memberi jaminan kepada kakitangan BFM serta pendengar stesen redio itu tentang ketelusan pendekatan pihak syarikat dalam menyiasat dakwaan itu dan menanganinya dengan serius.

Katanya, kakitangan BFM diberi akses langsung kepada jawatankuasa siasatan itu, tanpa perlu melalui sebarang anggota atau penyelia pihak pengurusan.

Tambahnya, BFM komited bersikap terbuka dan mengambil secara serius sekali tuduhan yang dibuat oleh kakitanganyanya.

Menurutnya, pihaknya berusaha menyediakan tempat kerja di mana setiap kakitangan, tanpa mengira gender,merasa selamat dan 'empowered'.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS